Isnin, 8 Julai 2019

Pondok agama or international school?

"Pondok agama or international school? " "eiiiiiiuuuuuuuuwwwwww, of course international school ." - Jika disebut belajar pondok, maka apa yang belayar dalam benak pemikiran, suatu tempat yang terlalu memalukan untuk menyambung pelajaran. . Jika mahu dihantar pun difikir lima enam atau mungkin seribu kali. Ia kelihatan bagai tempat yang tiada masa depan, mahu jadi lawyer? Mahu jadi juruterbang ? Mustahil, terlalu mustahil. Mungkin-mungkin hanya jadi pak ostat di surau, tukang gali kubur, tukang mandi jenazah? Oh mungkin . Tapi . . . Tunggu sebentar. Dan cerita yang bakal aku ceritakan adalah cerita yang mungkin jadi inspirasi pada kalian . . . Ia cerita tentang abang sulungku. Abg cho. Kami adik-beradik dihantar ke sekolah agama yang bersistemkan pondok dari darjah satu atas pilihan mak dan abah. Tiada UPSR, tiada PMR Apatah lagi SPM. Hanya dipenuhi dengan kitab kitab arab dan agama. Subject akademik yang diajar pun hanya asas sahaja agar dapat membaca dan mengira. Itulah Maahad Tarbiah Islamiah, Derang. . Pernah ibuku diperli, " Kamu nak hantar anak kamu sekolah pondok? Nanti nak naik bas pun tak tahu, baca tak tahu!" Sinis ! hinanya dipandang pelajar pondok. Jahil tentang urusan dunia bagai duduk di tingkat paling bawah. Ibubapaku memlilih untuk berdiam diri dan cuba abaikan apa sahaja kata kata yang dihembur keluar. Jika aku diposisi ibubapaku, mungkin aku akan cepat cepat tukarkan anakku ke sekolah harian biasa kerana bimbang dengan kata-kata manusia. . Tapi tidak bagi mak dan abah. . Ibubapaku sering berpesan berulang kali. "Tak pandai belajar tak apa, janji pandai solat, pandai mengaji" ringkas dan padat, hanya itu yang mereka pinta. Berbalik pada cerita abang sulungku. Tamat belajar dipondok derang pada tahun 2007, abangku mengambil SPM sebagai calon persendirian untuk sesi SPM 2008. Dengan tempoh belajar yang hanya berbaki 8 bulan apatah lagi didedahkan dengan ilmu-ilmu yang baru yang mungkin sukar bagi kami para pelajar pondok menyerap segala ilmu ketika itu. . Diusahakan juga sehabis mungkin untuk tetap belajar, tanpa menyerah kalah. Namun rezeki tuhan siapa yang menyangka? Berkat doa ibubapaku dan guru-guru, abangku mendapat keputusan 7A dalam SPM nya, walau mungkin bukan semua A, namun itu cukup besar bagi kami jika dibandingkan dengan individu yang didedahkan dengan ilmu akademik sejak sekolah rendah. . Kemudian rezeki yang tidak disangka pula, Abangku ditawar lagi dengan menyambung dalam bidang penerbangan untuk menjadi seorang juruterbang. Khabar gembira buat kami sekeluarga. Tapi tuhan sudah memilih dan mengatur jalan yang terbaik, atas faktor kewangan yang mana MARA menutup biasiswa yang ditawarkan, abangku terpaksa menolak tawaran itu dan membuat pemohonan untuk meneruskan pengajiannya di bumi jordan dalam bidang usul fiqh di University Yarmouk pada tahun 2009. Tamat belajar di jordan pada 2013 abang menyambung pelajaran di uitm shah alam bagi mendapatkan Diploma Lanjutan Syariah dan Amanlan. Dalam masa yang sama, abangku bertungkus lumus menduduki peperiksaan dan menghadiri temuduga sebagai peguam syarie di negeri-negeri sehingga abangku kini mempunyai 7 sijil amalan peguam syarie di negeri-negeri. . Mungkin abangku tidak pernah berasa cukup dengan pengetahuan yang ada dan sentiasa merasa dirinya serba kekurangan, abangku melanjutkan pelajara dalam bidang undang-undang sivil pula di Uitm shah alam, jika diikutkan ini adalah degree kedua abangku. Benar, siapalah kalian ingin mengatakan tentang rezeki tuhan yang maha kaya, untung rugi, tiada siapa yang mampu menetapkan. dengan sekelip mata mampu dimuliakan qarun dan dengan sekelip mata mampu menelan segala hartan qarun. Itulah dinamakan rezeki. Jangan dipandang hina para pondok atau tahfiz seperti kami, ia seakan kalian tidak percaya dengan agama Allah. Agama yang tiada keraguan didalamnya. " Syukurlah nescaya aku tambahkan" Itu janjinya yang pasti. Hasilnya pada hari ini maka tertubuhlah Izaan Azalan associated (firma abangku yang baru ditubuhkan) baru baru ini. Moga dengan penubuhan firma ini akan dibantu ummah-ummah yang memerlukan khidmat abangku. Kami doakan semoga abang cho terus maju. Tahniah abang cho. Iz'aan Azalan Ikhlas, Adikmu. P/s : saya berbesar hati jika ada yang berkongsi tentang cerita ini, moga nukilan kecil ini mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap institusi pondok .

Bulatan akhawat

Pagi itu usai solat jema'ah kami disuruh membentuk bulatan kecil, golongan bajet alim kata,bulatan kasih sayang.yang pasti aku masih ...