Ahad, 23 Jun 2013

Tak tahu nak ambik Kos apa?

Masa dapat tawaran usim, aku dekat UUM lagi, baru habis kelas English, abang aku call Tanya Macam Mana? Nak pindah ke? Fikiran aku kabur. Uum universiti yang aku rasa selesa Dan mewah, semua kelengkapan Ada, kolam renang, shopping mall, siap dengan muzium, kandang rusa, padang golf, yang lagi menarik go cart dekat jugak dengan asrama aku. cantik betul suasana dekat Sana, tambah budak UTARA ramah-ramah gaiss. Macam syurga.cuma yang Tak Ada Kos yang aku nak. hmmm!!!!! hampa. "Tapi yaaa dah selesa Kat sini." Telefon bimbit rapat ditelinga,Mata aku pandang sekeliling. Rasa sayang nak tinggalkan.keliru aku Makin menjadi-jadi. "Selesa tu boleh Cari, ini masa depan yaa." Pujuknya dengan nada lembut tapi masih bersalut tegas. Kotak pemikiran aku jauh terbang, berputar keberapa hari sebelum. aku dirumah, Tak jauh jugak dari UUM, aku ajak kawan aku teman bermalam dengan aku, aku beri tahu dia aku dapat tawaran usim.cepat-cepat aku mintak pendapat. Dengan loghat kedahnya dia nasihat, "hang jangan fikir orang, kalau hang nak, hang pi ja. Ni Masa depan hang. Jangan kalut pikiaq orang, kalau hang pikiaq orang, sampai bila hang Tak kemana." Kerasnya bunyi, tapi banyak betulnya. Masa tu aku Tak ambik penuh pendapat dia. Masuk telinga kanan, keluar telinga Kiri. Aku termenung sekejab, fikir macam-macam. Telefon bimbit aku matikan. Tapi sebelum tadi aku sempat beri kata putus. Tapi masih saja aku was-was dengan keputusan aku. Jalan keluar dari fakulti, aku terserempak dengan manusia lalu-lalang. Entah bagaimana, mulut aku laju soal. "Kalau awak, awak stay atau awak pergi?" Dia senyum, "mestilah pergi,pergi dengan apa yang Kita minat." Aku angguk perlahan. Aku terus selesaikan semua, aku jadi pindah. Sedar Tak sedar dah nak masuk tahun 2 aku di usim, terima kasih pada manusia-manusia yang aku rasa tuhan kirimkan dengan sengaja, beri aku pentunjuk Mana jalan aku nak pergi. Walaupun usim Tak lah semewah uum. Tapi aku bahagia Kat sini. Semuanya indah. Yang Tak indah tu bas lah. Kah. P/s: kalau kau nak berjaya jangan fikir orang, buat apa yang kau rasa itu terbaik untuk kau.

Bulatan akhawat

Pagi itu usai solat jema'ah kami disuruh membentuk bulatan kecil, golongan bajet alim kata,bulatan kasih sayang.yang pasti aku masih ...