Selasa, 9 Julai 2019

Abang songkok mohon ketepi

Allergic songkok. 

Besok pagi-pagi Ada kelas Puan Haliza, kalau besok mahu seterika tudung dan baju tentu lewat. Kemungkinan besar pukul 8 masih dalam bas seperti sardin. 

 "Malasnya " rungut aku sambil kaki dipaksa melangkah turun dari katil Dua tingkat.

 "Aku broken tahun lepas.

" Terdengar suara Dari belakang. Aku toleh sebentar, Dua gadis belasan tahun sedang sibuk meluah rasa. Senyum nipis Mula terukir dari bibir. 

Bagi aku perkara itu biasa. Broken pada belasan tahun bagai sesuatu yang wajib berlaku. Cinta monyet, cinta kingkong atau cinta yang khayalan ini,terlalu dekat dengan remaja. Selesai dengan urusan tudung yang sudah kemas diseterika tanganku berubah posisi menutup suis. Kaki melangkah kearah mereka 

"Normal lah tu broken umur 17,18,19." Kongsiku tanpa segan. 

"Normal?" Mata mereka berdua membulat besar. 

"Akak pernah rasa?" Tanya sorang lagi. 

Belum sempat soalan dijawab, yang seorang lagi laju beri jawapan. 

"Takkan lah Tak pernah." Simpulnya. Kali ini senyumku bertambah lebar. 

"Tapi kak Kita Tak suka lah lelaki pakai songkok.

" Keluhnya tiba-tiba.

 Dengan kedutan dahi yang belum terlerai, mulutku laju bergerak. 

"Kenapa?" Hairan juga. Kebiasanya songkok Dan kopiah bukan pakaian yang tidak sopan. Malah si pemakai sudah tentu dianggap datang Dari orang yang baik-baik.

 Mukanya berubah masam. 

"Dulu Kita suka lelaki Ni, dia pakai songkok. Baik je muka. Tapi tiba-tiba dia berubah Tak suka Saya, dia kata dia Tak tahu kenapa dia berubah, alasan dia Tak munasabah langsung." Dari riak Mula terlihat geram. 

 Aku angguk, biarkan dia teruskan cerita.

 "Lepas tu, Kita Mula suka Playboy. Sebab Kita rasa Playboy Ni mungkin nampak jahat. Tapi sebenarnya baik." Mataku berubah membulat. 

"Jangan terpengaruh dengan drama tv. kebisaannya kalau sebelum kahwin sudah terbiasa melayan, selepas pun mungkin boleh jadi perkara sama. Sebab itu kebiasaan dia." Dengan muka tidak setuju 

"taklah. Kita tahu dorang sebenarnya baik." 

Masih mahu tegakkan pendapatnya yang aku rasa agak mengarut. Aku senyap Mula terfikir sesuatu. 

"Perasaan Tak Kita sendiri yang Mula membina islamophobia dalam skop yang kecil, songkok dan serban,jubah, janggut Mula menjadi allergic, Mula dianggap pakaian yang tidak semestinya baik, pakaian yang biasa mula dihunsdzon dengan melampau-lampau pula." 

Mereka berdua menganguk. 

"Tapi kadang-kadang salah pemakai jugak, pakaian tak seiring tindakan." Kata aku tidak memberat mana-mana pihak. 

Aku kemudian minta diri mahu lelapkan mata, mereka kekal disitu berborak. 


 P/s: "Moga esok-esok pakaian yang yang terzahir, seperti Mana juga hati." 


"Biar betul?"

Bulatan akhawat

Pagi itu usai solat jema'ah kami disuruh membentuk bulatan kecil, golongan bajet alim kata,bulatan kasih sayang.yang pasti aku masih ...