Selasa, 28 Mei 2013
Superwoman Alam nyata
"kak wad1D Kat Mana ye?"
"Adik Street je, tapi Tak boleh masuk lagi, 12:30 nanti" maklum seorang kakak dikauter. Jam baru 11:30. Lambat lagi mahu masuk. Sempat lah kami bergurau senda dahulu.
"Eh, orang datang hospital patutnya sedih, musibah"
Spontan suraya balas "kita jangan musibahkan lagi tempat Ni."
Betul jugak, jika keadaan sedang muram kenapa perlu tambah kelam.
Senyum pun cukup ubat hati-hati yang terkena musibah.
Selesai suraya dan masturah keluar ke wad, aku Dan Diana yang dari tadi tunggun giliran lekas-lekas masuk.
"Mana satu biliknya?" Soalku agak kuat.
Masturah yang dari luar pantas jawab "yang depan tu!"
Katil Satu kosong, dihadapanya jugak kosong. Mana nad? Mata aku Makin mengkecil.
Dihujung rupanya.
"Nad okay? Baru bangun tidur ke?" Sapaku sambil senyum.
"Okay."
Sebelum datang maknya sudah pesan jangan soal tentang kebakaran, kami faham dia masih trauma, tapi entah mengapa laju sahaja mulut aku memuji "Hebatnya Nad, sanggup redah kebakaran tu." Kagum.
"Aku Tak kata kuat, Allah tu Maha kuasa bagi aku kekuatan, kau bayangkan lah api kot." Nada suaranya jelas Ada rasa syukur yang teramat.
saat dia kaitkan kekuatan yang dia Ada dengan kuasa tuhan, bagai ada kilat kecil menyambar dalam hati.
Selama ni, Kira rasa Kita cukup kuat sebab diri Kita, atau sudah cukup kuat berbekalkan motivasi. Hakikatnya kekuatan itu perlu diminta dengan Sang kuasa.
-Hamba yang lemah sentiasa rebah, cuma bila Ada tuhan dia Akan tabah-
Dia beritahu lagi. "Selama ni cakap je syukur, cakap je, sekarang baru tahu Macam Mana rasa syukur."
Saat ayat ini pula dituturkan, yang sering aku lupa.
Syukur.
Kita Hari ini belum kena bencana,tapi Tak rasa syukur, Kita Hari Ni Allah selamatkan dalam perjalanan, tapi Tak rasa syukur. Kita Hari ini dikurniakan ibu ayah , tapi Tak rasa syukur.
Kalaulah manusia tahu syukur itu bukan sedetik tempohnya, hakikatnya sepanjang Masa. Cuma Kita lupa.
ALLAH.
Nad andai kau tahu Yang sebenarnya sakit Dan tenat itu adalah Aku. Hati yang lupa Merenung dengan setiap ujian.
Pertemuan ini bukan hanya pertemuan kosong, tapi pertemuan yang sangat menghidupkan.
Terima kasih.
saat kau berlari menyelamatkan ibu Dan adik-adikmu, ketahuilah saat itu kau sudah berkorban buat sebenar-benar Cinta(ibu),
Sebelum pulang, nad cakap.
"Kau doakan aku kuat"
Nad, kau bukan hanya layak untuk didoa diberi kekuatan, kau jugak layak untuk aku doakan syurga🌸
Bulatan akhawat
Pagi itu usai solat jema'ah kami disuruh membentuk bulatan kecil, golongan bajet alim kata,bulatan kasih sayang.yang pasti aku masih ...
-
Masa dapat tawaran usim, aku dekat UUM lagi, baru habis kelas English, abang aku call Tanya Macam Mana? Nak pindah ke? Fikiran aku kabur. ...
-
Pagi itu usai solat jema'ah kami disuruh membentuk bulatan kecil, golongan bajet alim kata,bulatan kasih sayang.yang pasti aku masih ...
-
"kak wad1D Kat Mana ye?" "Adik Street je, tapi Tak boleh masuk lagi, 12:30 nanti" maklum seorang kakak dikauter. Jam b...