Selasa, 9 Julai 2019

Bulatan akhawat

Pagi itu usai solat jema'ah kami disuruh membentuk bulatan kecil,
golongan bajet alim kata,bulatan kasih sayang.yang pasti aku masih mencari dimana kasih sayang itu ? Masih kabur. 

 Aku akur,lalu mengambil tempat disebelah rakan lain.
melihat dia sedang bertekung putih.Mahu saja ditarik lembut tanganya,
namun tidak pada pagi itu.sepertinya ada sesuatu menjauhkan jarak antara kami.sesuatu seperti petir dan ribut,tetap saja petir dan ribut itu masih berdentum laju.masing-masing kekal dengan ego dan tak mahu mengalah. 

 Mataku sedikit berangin seakan ada angin-angin kecil melintas.masih mengantuk,jika dihulurkan bantal mungkin saja terlena nyenyak disitu.selepas subuh begini,yang paling nikmat adalah tidur.jiwaku sedikit memberontak namun dipaksakan jugak untuk kekal disitu. Bulatan kasih-sayang seakan sudah terbentuk,muka-muka mamai mereka masih kelihatan,mata mereka jugak sama seperti aku masih kuyu dan sedikit berair. 

 Seorang ustazah atau dikenali dengan panggilan mesranya kak sakinah tersenyum mesra melihat kami.lalu membuka bicara dengan memanjatkan kesyukuran kepada tuhan kerana memberi keizinan kami berkumpul dengan nikmat iman. Kak sakinah laju berkongsi cerita tentang keadaannya ketika masih menyambung pelajaran di mesir,suka dan duka sepanjang disana semuanya dilalui bersama "AKHAWAT" 

 Saat kerinduan terhadap ibu dan ayah yang jauh dari pandangan mata,hanya doa yang mampu diterbangkan dari bumi padang pasir itu. 
 Saat kefuturan,kata-kata akhawat bermain laju dibibir memberi seribu kata kekuatan. Saat sakit deman akhawat setia disitu merawati dengan sabar ,mengganti tugas seorang ibu. 
 "Akak sakit,akhawat jaga akak,mak ayah jauh,doranglah ganti jadi ibu ayah" 
 Tiba-tiba kata-kata kak sakinah menyetap aku,fikiranku terbang seketika,kenangan beberapa bulan
 yang lepas seakan berputar-putar. 

 Beberapa bulan lepas aku diserang demam,pukul 2 ,3, pagi masih tak mampu mahu lelapkan mata.badan pada suhu yang panas membuatkan aku sedikit tidak selesa. " kau kenapa tak tidur?" Soalku melihat dia yang masih setia disebelahku. 
 "Aku tak boleh tidur,tengok kau tak tidur" nada suaranya seakan-akan risau. 
 Mukaku berpaling kesebelah,loya-loya mula menyerang seakan ada lava kecil yang akan meletus. "Wek,wek,wek" 

 Tanpa sempat berlari kebilik air,lava kecil itu mula membanjiri selimut dia,yang kupinjam. Dipapah badanku kebilik air,badanku masih kaku diatas kerusi kecil. 

Pili air dipulas pelahan-pelahan, air dijurus sedikit demi sedikit ke badanku yang terkena muntah tadi. "Takpe,selimut tu,nanti aku bawak balik basuh" tanpa dipaksa dia terus memperlawa diri.
 "Mandi je" katanya sambil terus membersihkan aku. Aku hanya menganguk kecil.tidak membantah. fikiranku kembali ke alam nyata.mataku laju memerhati dia masih kekal bertelekung putih.seolah dia pun sedang berfikir hal yang sama. 

 "Waktu akak sakit,kawan akak yang basuh baju akak" kata kak sakinah terus menyambung cerita. mata aku sekali lagi laju memerhati gerak-gerinya.fikir aku mungkin dia pula sedang terbang ke cerita kami,kadang-kadang bila ada masa dia tidak sempat membasuh baju,tangan ini laju saja hulurkan bantuan.bukan banyak pun,hanya sehelai dua helai. 


 Entah mengapa aku rasa agak kelakar.pagi itu rasanya kami berdua agak tersentap.petir dan guruh yang berdentum diantara kami mula terbit pelangi kecil mewarnai indah. 
 "Kenapa gelak gelak,penah jadi ke ?" Soal kak sakinah sedikit hairan. 
 Aku laju mengeleng,segan mahu membuka cerita.kerana hal yang kecil kami bermasam muka,namun masih kebaikan yang tak pernah dikenang. 


 Manusia yang baik cepat saja dilupa.Yang buruk sentiasa diingat. 
 "Akhawat merindui kalian tiada sempadan. Hanya doa yang mampu dititipkan jadi ikatan" 
"Sungguh bulatan ini,bulatan ajaib. Yang akhirnya buat aku terpaku disitu Menanti sentuhan kalian"  


-Malaysia-

Abang songkok mohon ketepi

Allergic songkok. 

Besok pagi-pagi Ada kelas Puan Haliza, kalau besok mahu seterika tudung dan baju tentu lewat. Kemungkinan besar pukul 8 masih dalam bas seperti sardin. 

 "Malasnya " rungut aku sambil kaki dipaksa melangkah turun dari katil Dua tingkat.

 "Aku broken tahun lepas.

" Terdengar suara Dari belakang. Aku toleh sebentar, Dua gadis belasan tahun sedang sibuk meluah rasa. Senyum nipis Mula terukir dari bibir. 

Bagi aku perkara itu biasa. Broken pada belasan tahun bagai sesuatu yang wajib berlaku. Cinta monyet, cinta kingkong atau cinta yang khayalan ini,terlalu dekat dengan remaja. Selesai dengan urusan tudung yang sudah kemas diseterika tanganku berubah posisi menutup suis. Kaki melangkah kearah mereka 

"Normal lah tu broken umur 17,18,19." Kongsiku tanpa segan. 

"Normal?" Mata mereka berdua membulat besar. 

"Akak pernah rasa?" Tanya sorang lagi. 

Belum sempat soalan dijawab, yang seorang lagi laju beri jawapan. 

"Takkan lah Tak pernah." Simpulnya. Kali ini senyumku bertambah lebar. 

"Tapi kak Kita Tak suka lah lelaki pakai songkok.

" Keluhnya tiba-tiba.

 Dengan kedutan dahi yang belum terlerai, mulutku laju bergerak. 

"Kenapa?" Hairan juga. Kebiasanya songkok Dan kopiah bukan pakaian yang tidak sopan. Malah si pemakai sudah tentu dianggap datang Dari orang yang baik-baik.

 Mukanya berubah masam. 

"Dulu Kita suka lelaki Ni, dia pakai songkok. Baik je muka. Tapi tiba-tiba dia berubah Tak suka Saya, dia kata dia Tak tahu kenapa dia berubah, alasan dia Tak munasabah langsung." Dari riak Mula terlihat geram. 

 Aku angguk, biarkan dia teruskan cerita.

 "Lepas tu, Kita Mula suka Playboy. Sebab Kita rasa Playboy Ni mungkin nampak jahat. Tapi sebenarnya baik." Mataku berubah membulat. 

"Jangan terpengaruh dengan drama tv. kebisaannya kalau sebelum kahwin sudah terbiasa melayan, selepas pun mungkin boleh jadi perkara sama. Sebab itu kebiasaan dia." Dengan muka tidak setuju 

"taklah. Kita tahu dorang sebenarnya baik." 

Masih mahu tegakkan pendapatnya yang aku rasa agak mengarut. Aku senyap Mula terfikir sesuatu. 

"Perasaan Tak Kita sendiri yang Mula membina islamophobia dalam skop yang kecil, songkok dan serban,jubah, janggut Mula menjadi allergic, Mula dianggap pakaian yang tidak semestinya baik, pakaian yang biasa mula dihunsdzon dengan melampau-lampau pula." 

Mereka berdua menganguk. 

"Tapi kadang-kadang salah pemakai jugak, pakaian tak seiring tindakan." Kata aku tidak memberat mana-mana pihak. 

Aku kemudian minta diri mahu lelapkan mata, mereka kekal disitu berborak. 


 P/s: "Moga esok-esok pakaian yang yang terzahir, seperti Mana juga hati." 


"Biar betul?"

Bulatan akhawat

Pagi itu usai solat jema'ah kami disuruh membentuk bulatan kecil, golongan bajet alim kata,bulatan kasih sayang.yang pasti aku masih ...