Ahad, 24 Jun 2018
Tuhan kau dimana?
"Tuhan itu siapa?"
Malam semakin larut, saya terbaring sebelah ibu. Malam itu seingat saya, malam yang mula-mula saya diperkenalkn dengan Tuhan. Tentang kewujudanya, tentang keesaanya.
"Habis tu siapa yang beranakkan Tuhan?" Soal saya bercelaru. Jika kewujudan saya kerana ibu melahirkan saya, bagaimana pulak dengan kewujudan Tuhan.
"Tiada siapa yang beranakkan Tuhan, Tuhan memang ada dengan sendiri." Beritahu ibu ringkas, saya iyakan sahaja tidak lama kemudian rasa mengantuk memanjat mata dan saya pun tertidur.
Pernah suatu hari ketika petang, saya bermain diluar rumah bersama kawan-kawan, saya katakan pada mereka. "Seronokkan kalau kita Tuhan, kenapa kita tak jadi Tuhan? boleh masuk syurga terus."
Ketika sekolah rendah pula, saya masih ingat kawan baik saya luahkan pada saya dengan loghat kedahnya "Aku takut jugak, ish kot kot agama Budda tu yang betoi?" Saya angguk wajah, apa yang dia rasa dan saya rasa hampir sama.
Persoalan tentang Tuhan kembali sepi, bila saya sudah tidak fikirkanya selama beberapa tahun. Tetapi persoalan ini mula bermain kembali ketika saya ditingkatan 4.
Celik sahaja mata saya soalkan pada diri. "Betulkah islam ni agama yang benar, betulkah Tuhan itu ada?" Soalan-soalan ini saya pendamkan, kepada siapa saya mahu luahkan, rakan-rakan melihat saya seperti tiada masalah dengan Akidah. Akidah sudah cukup kukuh. Mata pelajaran agama disapu habis dengan cemerlang dan Mumtaz.
Kadang-kadang bila ada bisikan-bisikan tentang kewujudan Tuhan, saya pantas membelek tangan saya. Terlihat lima batang jari terukir nama Allah, jadi Allah itu ada. Rapuhnya hujah yang saya pasakkan terhadap keimanan saya.
Sampai satu tahab saya malas hendak fikir, kalau difikir saya makin celaru. Tapi jika tidak difikir. Saya hanya mengikut-ngikut orang dalam beribadah.
Orang solat, saya solat.
Orang puasa, saya puasa.
Orang tutup aurat, saya tutup aurat.
Di akhir pencarian, saya beli sebuah buku tentang Tuhan, (saya sendiri sudah lupa tajuk buku tersebut). Dari awal penceritaan sehingga ke garisan akhir, penulis sentiasa mengajak saya berfikir.
Ketika saya merasakan diri saya sudah stabil dan sudah mulai hilang keraguan, buku itu telah saya beri pula pada manusia yang melalui fasa-fasa seperti saya. (Saya doakan moga dikau jugak peroleh jawapan)
Hakikatnya persoalan tentang Tuhan tidak berani dipersoal, mereka bukan mahu tanya Tuhan itu siapa, bukan. Mereka bukan mahu persoal Tuhan itu dimana, mereka bukan mahu soalkan Tuhan itu seperti apa, berkaki atau bertangan?
Soalan mereka "apa benar Tuhan itu wujud?"
Tetapi sayang, persoalan tentang Tuhan ini seolah sebuah isu 1MDB yang rakyat harus menerima tanpa persoal di era pemerintahan Najib.Yang hanya boleh bercerita ketika di kelas Tauhid semata-mata. Dan Selepas itu jangan kau tanyakan lagi.
Saya sendiri tidak pernah bertanya pada kawan saya yang muslim.
"Kau percaya Tuhan? Apa pandangan kau tentang tuhan?"
Masing-masing takut berbicara tentang Tuhan, sedangkan awal kehidupan itu diciptakan untuk mengenal Tuhan.
Sejujurnya saya tidak merasa, golongan yang meragui tentang Tuhan itu kuantiti sendikit, pada saya mereka mendiamkan diri dari bercerita. Risau dilabel sesat. Risau dilabel ahli neraka.
Nasihat saya buat para pencari sekalian, Tuhan itu ada, cuma kalian perlu terus mencari jangan terhenti dipertengahan jalan. Kaji dan bacalah kesemua agama. Nescaya kalian akan temukan jalan. Tanyalah pada manusia yang mampu merungkai persolan akidah kalian.
p/s : Ikhlas dari saya yang masih kekurangan hujah jika para atheist bertanya tentang Tuhan, masih banyak yang saya perlu belajar.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Bulatan akhawat
Pagi itu usai solat jema'ah kami disuruh membentuk bulatan kecil, golongan bajet alim kata,bulatan kasih sayang.yang pasti aku masih ...
-
Masa dapat tawaran usim, aku dekat UUM lagi, baru habis kelas English, abang aku call Tanya Macam Mana? Nak pindah ke? Fikiran aku kabur. ...
-
Pagi itu usai solat jema'ah kami disuruh membentuk bulatan kecil, golongan bajet alim kata,bulatan kasih sayang.yang pasti aku masih ...
-
"kak wad1D Kat Mana ye?" "Adik Street je, tapi Tak boleh masuk lagi, 12:30 nanti" maklum seorang kakak dikauter. Jam b...